BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 27, 2009

OTAK KOMPLEKS


aku kadang2 meluat tengok manusia2 yang terlalu bermegah2 dengan idea2 yang dikatakan menarik dan mengancam..segala apa yang dia buat..itulah idea dia sahaja..idea aku paling smart..aku adalah terhebat antara orang lain..takde orang lain yang boleh ambil idea aku..itu adalah hak milik aku yang mutlak..haha..setakat nak berbangga dengan pemberian ALLAH yang sedikit 2..x perlulah aku rasa..ada banyak benda lain lagi yang kita tak tahu..segala ilmu dan kelebihan yang kita ada..baru 1% je..dalam dunia ni..kita semua belajar daripada makhluk2 yang lain..bukan manusia sahaja..kita belajar dari alam..dari haiwan..tapi..kita sahaja yang berlagak..lupa pada diri sendiri..lupa apa tujuan kita dicipta di atas muka bumi ini..baru dapat ilmu sedikit..nak heboh pada dunia..baru dapat idea sikit..tak nak kongsi..saving..sedangkan idea die 2 pun datangnya dari orang lain..haha..lepas 2 nak kecoh2 kat orang yang ade orang amek idea die..haha..gelabah..

Tuesday, June 23, 2009

SELAMAT HARI BAPA

Selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa di dunia..syukur aku dapat ucapkan perkataan tersebut pada ayah..even a simple word..but aku tahu yang ayah amat menghargainya..cuma ayah tak tunjuk je..aku dah faham sangat perangai ayah..akan berdiam diri sahaja..berkata apabila perlu..even ayah tak banyak cakap..aku tahu yang ayah sayang kat kami adik-beradik.."SELAMAT HARI BAPA AYAH" TERIMA KASIH KERANA MENJADI AYAH YANG TERBAIK DI DUNIA PADA KAMI BERTIGA..KAMI SAYANG AYAH..

PERIBADI

Aku sungguh tertarik dengan buku-buku daripada HAMKA yang aku jumpa di dalam bilik along..bahan bacaan ayah yang telah lama dibeli diwaktu muda dahulu..menceritakan betapa pentingnya peribadi seseorang itu di mata masyarakat..bahan bacaan yang membuatkan aku merenung kembali apakah tujuan kita hidup didunia ini..kita mempunyai pelajaran..mempunyai cita-cita..mempunyai kawan-kawan..mempunyai segala apa yang kita mahu..tapi sayangnya..kita tidak memiliki peribadi yang tinggi..sama seperti lembu-lembu dan keldai-keldai di ladang..malah lebih hina daripada binatang..alangkah mulianya kita bila dipandang dari segi pendidikan..tetapi hina pula bila dipandang dari segi peribadi..ingat..sebelum kita betulkan orang lain..betulkan peribadi kita dahulu..

Thursday, June 4, 2009

AL-FATIHAH

hari ini..aku bersyukur pada ALLAH S.W.T..aku masih dapat menatap wajah kasih ayah dan emak..pada sesiapa yang tidak dapat menatap wajah kasih ibu dan bapa mereka..bersabarlah..kita harus tabah dan sabar dengan apa yang berlaku..pasti ada hikmahnya dari sang Maha Pencipta yang kita sendiri takkan tahu apakah dia..buat akid..sabarlah dengan apa yang telah terjadi..doakan agar ayahanda anda ditempatkan bersama2 orang2 yang soleh..amin..