BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Sunday, August 26, 2012

hidup adalah perjuangan

hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti

hampir dua tahun sejak diri ini sepi
tetapi hidup harus diteruskan
yang berlalu biarkan ia berlalu
hanya doakan yang terbaik bagi anda

ps: i still love you

Friday, May 18, 2012

A FEW PAST YEARS

dulu


aku ingat sudah memadai
tapi banyak lagi yang diperlu

menangis sendiri

M.F.I 
5.36 a.m
18 may 2012

Monday, May 23, 2011

DIMANA DIA DIHATIKU

ni tajuk buku yang aku baru beli semalam kat pustaka mukmin.. tak berkesempatan lagi nak baca.. malam ni aku nak selak jugak tak kira pukul berapa balik dari office.. buku yang menarik agar kita lebih mendekati pencipta manusia dan alam sejagat.. insyaalllah..

Friday, January 1, 2010

Renung-renungkan..

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah ‘Kapur!’, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah ‘Pemadam!’”

Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah ‘Pemadam!’, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah ‘Kapur!’.

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.”

”Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu."

"Baik permainan kedua." begitu guru melanjutkan. "Cikgu ada Al Quran. Cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Quran yang ada ditengah tanpa memijak
karpet?" Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Quran. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam
tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah akidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah hancurkan."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita.”

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar. Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang."

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada kisah ini, sedarlah saudara saudaraku... mari bersama membimbing anak generasi kita...

Wallahu wa'lam...

Wednesday, December 23, 2009

kasihan mak..

kesian sangat tengok mak sekarang ni..mak kene kayap..sakit sangat2..tak boleh nak bergerak sangat..nak buat kerja pon x boleh langsung..nasib baik along cuti sekolah..so boleh tengok2kan mak kat rumah sementara aku pegi keje..macam mane la nak baik kan kayap ni..macam2 petua aku dengar orang cakap..sampai tak tahu yang mana satu yang betul..macam mane la kalau kayap ni tak baik2 kan..aku dah masuk uitm..abang dah masuk poli..along dah keje..sape nak jage mak nanti..risau aku..ya allah..sembuhkanlah emak ku..x sanggup aku tengok mak macam ni..kalau boleh bagilah kayap 2 kat aku..biarlah aku yang tanggung azab kayap 2..

Monday, November 9, 2009

Rindu Masa Silam

Rindu..rindu masa silam..masa2 yang tak sibuk dengan kerja2 yang merumitkan..yang tak punya komitmen..punya masa untuk keluarga..punya masa untuk yang tercinta..dan yang penting..punya masa dengan Sang Pencipta..lepas tengok gambar2 yang di post oleh member2..rase geram lak nak pegi fotosut..huhu..tah bile la nak ade mase free..nak pegi jalan2..nak tangkap gambar banyak2..nak pegi tengok tempat orang..nak main futsal..nak main bola kat bawah rumah dengan budak2 balai..nak pegi jmming yang selalunye aku jadi singer walau suara x sedap langsung..huhu..nak jalan2 pegi melaka yang paling penting..even kat situ kampung aku..huhu..macam2 nak buat bile terkenang balik masa lalu..tapi..kita makin lame makin dewasa..makin punya tanggungjawab..makin punya komitmen..so..aku perlu berfikir dan terus berfikir danterus berfikir..masa yang ada gunakan sebaik mungkin..jangan biarkan macam 2 je..nanti menyesal x sudah..haha..come on adek!!

Wednesday, October 7, 2009

penat

penat bile memikirkan perkara-perkara remeh temeh yang tidak kunjung padam dalam diam..

Friday, August 7, 2009

HAPPINESS IS EVERYWHERe

happiness..tajuk kita hari ini..haha..em..kegembiraan slalu ada di mana2..cuma apakah dan bagaimana kegembiraan yang kita cari 2 ada..kegembiraan 2 wujud dalam diri setiap manusia..ada orang gembira dengan kawan2..ada orang gembira dengan kemewahan..ada orang gembira dengan apa yang ada..aku?aku gembira sebab aku ada family aku yang sayang kat aku..amek berat kat aku..cuma aku je yang x paham keadaan dieorang..aku x explain kat dieorang..aku sebenarnye masih tercari2 ape yang aku nak dalam hidup nih..betul ke ape yang aku pilih dalam hidup nih..betul ke aku belajar itu yang aku nak..aku masih xtau ape yang aku nak jadi pada masa depan..aku nak jadik cekgu..tapi..betulke?aku takut..takut aku salah buat keputusan..keputusan yang akan buatkan hidup aku lebih worst..hhmm...entahlah..harap2 aku dapat cari ape yang aku nak dalam hidup aku nih..harap dapat jumpe boy melaka..coz die yang boleh basuh aku..boleh buat aku pikir balik ape yang aku nak dalam hidup di alam fana ni..haha..

Tuesday, August 4, 2009

HIDUP PENUH MAKNA

pada aku..hidup ini akan jadi penuh sempurna jika ada makna dalam kehidupan kita sehari-hari..makna kita hidup di dunia..makna kita lakukan sesuatu kerana apa..mencari sesuatu makna kehidupan..hidup aku..aku xtau hidup aku ni sempurna atau x..aku masih tercari-cari makna dalam hidup aku..aku ade seseorang yang sayang kat aku..dan aku amat hargai orang tersebut..dan aku amat sayangkan orang itu..tapi..masalahnya aku masih tercari-cari makna aku hidup kat dunia nih..boleh kata hidup aku ni ok..makan..pakai..semua cukup..xde masalah..tapi jiwa aku rase kosong..kosong dengan makanan rohani agaknya..makanan yang akan membuatkan jiwa manusia senantiasa tenang dan gembira serta bersyukur dengan segala apa yang ada..tanpa meminta lebih..aku perlu cari diri aku kembali..kembali kepada jalan yang boleh membuatkan jiwa aku penuh..penuh dengan makanan rohani..makanan yang dapat mengenyangkan jiwa yag sedang memberontak dengan permasalahan yang senantisa tak kunjung padam..

Saturday, June 27, 2009

OTAK KOMPLEKS


aku kadang2 meluat tengok manusia2 yang terlalu bermegah2 dengan idea2 yang dikatakan menarik dan mengancam..segala apa yang dia buat..itulah idea dia sahaja..idea aku paling smart..aku adalah terhebat antara orang lain..takde orang lain yang boleh ambil idea aku..itu adalah hak milik aku yang mutlak..haha..setakat nak berbangga dengan pemberian ALLAH yang sedikit 2..x perlulah aku rasa..ada banyak benda lain lagi yang kita tak tahu..segala ilmu dan kelebihan yang kita ada..baru 1% je..dalam dunia ni..kita semua belajar daripada makhluk2 yang lain..bukan manusia sahaja..kita belajar dari alam..dari haiwan..tapi..kita sahaja yang berlagak..lupa pada diri sendiri..lupa apa tujuan kita dicipta di atas muka bumi ini..baru dapat ilmu sedikit..nak heboh pada dunia..baru dapat idea sikit..tak nak kongsi..saving..sedangkan idea die 2 pun datangnya dari orang lain..haha..lepas 2 nak kecoh2 kat orang yang ade orang amek idea die..haha..gelabah..

Tuesday, June 23, 2009

SELAMAT HARI BAPA

Selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa di dunia..syukur aku dapat ucapkan perkataan tersebut pada ayah..even a simple word..but aku tahu yang ayah amat menghargainya..cuma ayah tak tunjuk je..aku dah faham sangat perangai ayah..akan berdiam diri sahaja..berkata apabila perlu..even ayah tak banyak cakap..aku tahu yang ayah sayang kat kami adik-beradik.."SELAMAT HARI BAPA AYAH" TERIMA KASIH KERANA MENJADI AYAH YANG TERBAIK DI DUNIA PADA KAMI BERTIGA..KAMI SAYANG AYAH..

PERIBADI

Aku sungguh tertarik dengan buku-buku daripada HAMKA yang aku jumpa di dalam bilik along..bahan bacaan ayah yang telah lama dibeli diwaktu muda dahulu..menceritakan betapa pentingnya peribadi seseorang itu di mata masyarakat..bahan bacaan yang membuatkan aku merenung kembali apakah tujuan kita hidup didunia ini..kita mempunyai pelajaran..mempunyai cita-cita..mempunyai kawan-kawan..mempunyai segala apa yang kita mahu..tapi sayangnya..kita tidak memiliki peribadi yang tinggi..sama seperti lembu-lembu dan keldai-keldai di ladang..malah lebih hina daripada binatang..alangkah mulianya kita bila dipandang dari segi pendidikan..tetapi hina pula bila dipandang dari segi peribadi..ingat..sebelum kita betulkan orang lain..betulkan peribadi kita dahulu..

Thursday, June 4, 2009

AL-FATIHAH

hari ini..aku bersyukur pada ALLAH S.W.T..aku masih dapat menatap wajah kasih ayah dan emak..pada sesiapa yang tidak dapat menatap wajah kasih ibu dan bapa mereka..bersabarlah..kita harus tabah dan sabar dengan apa yang berlaku..pasti ada hikmahnya dari sang Maha Pencipta yang kita sendiri takkan tahu apakah dia..buat akid..sabarlah dengan apa yang telah terjadi..doakan agar ayahanda anda ditempatkan bersama2 orang2 yang soleh..amin..

Thursday, May 28, 2009

AYAH

Kau tampak lusuh dan berdebu

Ruat-ruat garis hitam merona kelopak matamu

Ku tahu kau lelah ayah…..

Saat senja kau duduk termenung menatap jalanan

Yang selalu menghantarkan keping pemberi kehidupan

Ketika kantuk menyerang kau tetap tegar

Ku tahu kau lelah ayah

Malu aku menawarkan ranjang yang tersisa

Atau mengantar diri terlelap lebih awal

Tiap malam beserta doa kuberharap

“Tuhan murahkan rejeki ayahku

Jagakan sehatnya, jauhkan darinya mara bahaya

Dan jika nanti Kau meminangnya kembali

Tempatkanlah ia disisi-Mu”

IBU

Ibu merupakan kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir - bibir manusia.
Dan “Ibuku” merupakan sebutan terindah.
Kata yang semerbak cinta dan impian, manis dan syahdu yang memancar dari kedalaman jiwa.

Ibu adalah segalanya.Ibu adalah penegas kita dilaka lara, impian kita dalam rengsa, rujukan kita di kala nista.
Ibu adalah mata air cinta, kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi.Siapa pun yang kehilangan ibinya, ia akan kehilangan sehelai jiwa suci yang senantiasa
merestui dan memberkatinya.

Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu. Matahari sebagai ibu bumi yang menyusuinya melalui panasnya.
Matahari tak akan pernah meninggalkan bumi sampai malam merebahkannya dalam lentera ombak, syahdu tembang beburungan dan sesungaian.

Bumi adalah ibu pepohonan dan bebungaan. Bumi menumbuhkan, menjaga dan membesarkannya. Pepohonan

dan bebungaan adalah ibu yang tulus memelihara bebuahan dan bebijian.

Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud.
Penuh cinta dan kedamaian.

:: Khalil Gibran ::